Apa yang Disertakan
Penetapan Matlamat
Dengan membantu mengenalpasti matlamat peribadi dan keutamaan pelanggan, kami dapat membantu mereka untuk mencapai keseimbangan di antara kerjaya dan kehidupan peribadi mereka.
Perancangan Kerjaya
Kami menyediakan perancangan kerjaya dan nasihat pembangunan untuk membantu pelanggan bagi memahami kekuatan dan kelemahan mereka bagi mencapai kejayaan dalam kerjaya mereka.
Sokongan Emosi
Kami menawarkan sokongan emosi serta bimbingan bagi membantu pelanngan dalam menghadapi sebarang kesusahan dan cabaran dalam hidup, meningkatkan keyakinan dan kebolehan menghadapinya.
Rehat & Tenangkan Fikiran Anda
Dalam perundingan peribadi, kami menyediakan bimbimngan secara individu bagi membantu anda mengharungi cabaran hidup dan membuat kemajuan bermakna menuju kepada matlamat anda. Pasukan perunding kami yang berpengalaman akan bekerja bersama anda untuk mengenlpasti kekuatan unik anda dan kawasan yang boleh diperbaiki, dan menyediakan strategi yang pratikal serta alatan bagi membantu anda mencapai apa yang anda inginkan.
Dalam syarikat kami, kami memahami yang pertumbuhan peribadi merupakan sebuah perjalanan, bukan satu destinasi. Di sebabkan itulah perkhidmatan perundingan peribadi kami dicipta untuk lebih fleksibel, dinamik dan responsif bagi memenuhi keperluan dan matlamat anda yang unik. Sama ada anda menghadapi cabaran khusus atau hanya ingin memcari cara untuk meningkatkan pertumbuhan diri, perunding kami yang berpengalaman akan berkerjasama dengan anda di setiap langkah sebagai satu cara untuk memastikan anda mempunyai sokongan dan bimbingan secukupnya untuk berjaya.
Perundingan peribadi boleh menjadi pemangkin yang kuat kepada prtumbuhan dan perkembangan diri. Kaedah kami dicipta untuk membantu anda untuk memperoleh kesedaran dan pandangan diri yang lebih baik, membangunkan kemahiran dan perspektif baharu, serta membuat kemajuan bermakna terhadap matlamat anda. Melalui proses ini, anda dapat membuka potensi anda sepenuhnya dan mencipta cara hidup yang lebih memuaskan dan bermakna.
**Semua kandungan rawatan dan data peribadi akan disimpan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia (PDPA).
Pilihan melebihi usaha. Terdapat ramai orang di luar sana yang ingin terlibat dalam perniagaan tetapi tidak tahu bagaimana untuk bermula. Oleh itu, Breakthrough Academy telah membawa penyelesaian.
Matlamat kami adalah untuk membantu syarikat-syarikat melampaui jangkaan mereka dan membolehkan lebih ramai orang untuk menjalani kehidupan yang makmur. Ini akan membantu mereka mencari kedudukan yang betul dan mempunyai motivasi untuk menang dan menonjol dalam persaingan.
Kami mendorong orang supaya setiap orang dapat mencapai pertumbuhan diri.
Copyright © 2024 Breakthrough Academy